Actually, ni cerita lama. Saja lah nak share dengan client kami, kenapa kami ambil FULL PAYMENT dulu sebelum memulakan sebarang kerja? Sebabnya, kami dah pernah kena tipu. Walaupun amount nya tak berapa nak banyak, tapi banyak lah juga bagi kami yang berniaga secara kecil-kecilan ni. Ada juga beberapa syarikat yang tak buat payment, tapi tak berapa banyak amountnya, kami tak publishkan lah. Bukan apa, kami tak kuasa lah / malas nak meminta-minta ni sebenarnya. Rasa buang masa dan buat orang meluat je bila meminta-minta, tapi tu lah hak kami sebenarnya.
Ok, kisahnya.. ada satu syarikat ni dari Singapore nak buat event kat Sepang Circuit, event tu event Drifter-drifter dari beberapa negara datang berkumpul dan ada competition, party, DJ-DJ, pelbagai vendor berniaga, kira besar lah juga eventnya. Jadi, kami di Belangkas Art terpilih untuk buat printing Paperbag dan flyers untuk event tu.
Kami deal by 3rd party dan direct dengan client di email. Sebab kami memang menjalankan perniagaan pon secara atas talian kan.
Deal punya deal, memang ade lah Quotation, Purchase Order, Invoice, dan Delivery Order semua tu, tapi semua tu hanya sekeping kertas yang tiada nilainya bagi kami selepas client ni tak bayar kami. Lepas barang-barang dah hantar mereka janji nanti lepas event mereka akan buat payment. So, kami pon tunggu lah. Beberapa hari mereka mendiamkan diri, email tak reply, call tak angkat. Amboi, sebelum event bukan main lagi push-push kami. Lepas tu mendiamkan diri. Research punya research pasal event tu, rupanya ramai juga and rasanya semua tak dapat payment. Emcee tak dapat payment, vendor2 pon, drifter2, dorang siap buat group kat FB lah nak buat aduan. Tapi, bila call2 dan research, pihak KPDNKK cakap kami kena buat aduan di Singapore sebabnya ni melibatkan negara tersebut.
So, masa tu dah give up dah. Jauh kot nak pergi sana. Malas nak layan, mereka2 yang lain pon semua bengang sebab mereka lepas macam tu je, senang-senang je menipu orang, dorang buat duit. So, Sejak dari tu, memang sebelum buat kerja design ke printing ke, photography, candy buffet, segala benda lah, kami memang ambil full payment.
So,
RM7,935 + RM2,590
Total = RM10,525
Rasanya macam ada benda lagi tapi tak ingat, so amount tu je lah yang ingat sebab rasa macam dorang tak bayar dalam RM12k macam tu.
Benda dah lama. Lupa dah. Tu tak termasuk kami rugi hantar barang-barang ke tempat event lagi, minyak tol bagai. Buang masa je.
Saje nak tepek sini biar orang berkenaan (person in charge) wanted bila orang google name dorang nampak lah entry ni.
Sekian.
Singapore 169376
Post a Comment